Tuesday, December 07, 2010

Happy Maal Hijrah 1432 :)

Assalamualaikum kepada semua bloggers yg dikasihi.

Salam Maal Hijrah 1432 moi ucapkan.

Ayuh kita mulakan tahun baru dengan sesuatu yang boleh memperbaiki diri kita sendiri kepada yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.

Semoga tahun baru kali ini membawa lebih banyak penghijrahan yg lebih baik dari segala segi dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Penghijrahan adalah sesuatu yg subjektif bergantung kepada niat bg seseorang hamba Allah swt utk membawa diri ke arah yg lebih baik.

Dari sekecil-kecil penghijrahan sehinggalah sebesar-besar penghijrahan.

Sekecil atau sebesar mane pun migration yg dilakukan ianya tetap satu ibadah. InsyaAllah utk mendapatkan keberkatan dari Yang Maha Esa.

Semoga Allah terus merahmati, memberkati dan meredhai kehidupan kita semua dunia & akhirat.



Ya Allah, kurniakan kami rahmat Mu & berkat Mu demi kejayaan & kebahagiaan kami dunia & akhirat.

Mulakan hari 1 Muharram kita dengan bacaan doa awal tahun ini.



Tabahkan hati, Kuatkan semangat, Bersihkan nurani, dan Sucikan jiwa untuk tahun mendatang yang lebih sempurna. InsyaAllah. Amin :)

No comments:

Post a Comment